Selasa, Ogos 04, 2009

Spaghetti stail siti


Bahan-bahan ( 5 )

1/2 bungkus spaghetti
sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
1 bungkus ayam/daging kisar
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan sos cili
cendawan butang (kuantiti ikut suka)
3 biji bawang putih (dicincang)
sedikit aji (kalau nak)
garam secukup rasa
sedikit air

Cara-cara
Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit
then last, ditabur dgn parutan cheese
try lah, so yummy

Bz dgn tempahan, syukur alhamdulillah





hmpir setiap mlm, siti akhir tido, coz byk tempahan kena dibuat..alhamdulillah, rezeki meluas seminggu dua ni...
cuma siti off dri baking hari rabu hehe
nk free gak dri tepung n gula
layanz je lah benda yg mem BZZZZZ kan siti hehe

Rabu, Julai 29, 2009

oooooo mata kucing


buah yg sentiasa jadi rebutan diwaktu perayaan hehe
asal perayaan, mesti ada mcm tahu2 je kan

Suasana peRAYAan di Brunei

ni lah sotong tutok
satu kemestian dalam perayaan, org kata setahun sekali je dapat tgk sotong ni hehe




sempat lgi snap order kami semalam hehe
yum2...tongkeng salai n ayam salai


kelihatan penjual sedang menutuk2 sotong hehe


ani suasana perayaan di bsb, ramai gak org walaupun tiada persembahan seperti acara ditahun2 lepas coz inisiatif kerajaan terhadap H1N1...alhamdulillah kes pun byk dah menurun dri hari ke sehari...syukur....
siti sempt bli tudung n of course food hehe...time2 ni lah memborong makanan hehe...semuanya sedap huhu
layanz je

Isnin, Julai 27, 2009

Tempahan weekend,so bz......

Kek Ciscake Blueberry
Kek Neslo


Brownies


ni antara yg menyibukkan siti last weekend hehe...tempahan dri my fren n couzin
TQ

CELAPAM

Tapai Nasi

hehe gebunye.....


Celapam / Apam Nasi
4 Tapai Nasi
2 cwn gula (blh dikurangkan)
2 cwn air
1/2 sudu Eno
Cara-caranya
Tapai, gula dan air dikisar sampai halus dan berbuih. diperapkan semalaman didalam bekas yg bertutup. esok pagi, barulah dimasukkan 1/2 sudu eno
dikukus sampai masak...hehe done....

Rabu, Julai 22, 2009

5 Perkara dan Jawapannya

* Aku mencari keberkatan dan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat Dhuha
* Aku mencari penerang untuk alam kubur , aku mendapatinya dalam solat malam.
* Aku mencari jawapan untuk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam membaca Al-Quran
* Aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberangi titian Sirat, aku mendapatnya dalam puasa dan sedekah.
* Aku mencari naungan Arasy, aku mendapatinya dalam beribadah kepada Allah S.W.T