Isnin, Julai 13, 2009

Bihun Singapore


Bahan-bahan ( 1 family )
1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
( * ) bahan dikisar bersama
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
sedikit lada sulah
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak

Cara-cara
panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
masukkan fish ball, sos tiram, lada sulah dan gula dan gaul sebentar
masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan